• Home
  • Announcement
  • PENGGUGURAN PERMOHONAN PENDAFTARAN (BARU DAN SEMULA) DAN PINDAAN PERANTI PERUBATAN

PENGGUGURAN PERMOHONAN PENDAFTARAN (BARU DAN SEMULA) DAN PINDAAN PERANTI PERUBATAN

Dimaklumkan, bermula 1 April 2023, MDA akan menggugurkan permohonan pendaftaran peranti perubatan (baru dan semula) dan permohonan pindaan peranti perubatan yang tidak lengkap dalam tempoh 30 hari bekerja. Walau bagaimanapun, tempoh peralihan diberikan kepada pemohon sehingga 1 Mei 2023 sebelum proses pengguguran bagi permohonan pendaftaran peranti perubatan (baru dan semula) dan permohonan pindaan peranti perubatan yang tidak lengkap diimplementasikan sepenuhnya.

Penghantaran permohonan pendaftaran peranti perubatan (baru dan semula) dan permohonan pindaan peranti perubatan hendaklah disertai dengan maklumat, butir-butir atau dokumen seperti yang telah ditetapkan di dalam Akta Peranti Perubatan 2012 [Akta 737], Peraturan-peraturan Peranti Perubatan 2012, pekeliling-pekeliling MDA, dokumen-dokumen panduan dan garispanduan-garispanduan berkaitan yang telah diletakkan di laman sesawang MDA (portal.mda.gov.my).  

Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada establismen untuk dilengkapkan. Pemohon hendaklah memberikan maklumat atau dokumen yang diperlukan dalam tempoh 30 hari bekerja. Permohonan akan digugurkan sekiranya:

  1. Establismen tidak memberikan maklumbalas seperti yang diperlukan dalam tempoh 30 hari bekerja; atau
  2. Permohonan dipulangkan oleh establismen tanpa dokumen atau maklumat yang lengkap. Sehubungan itu, establismen perlu menyemak maklumat atau dokumen yang diberikan adalah betul dan lengkap sebelum dikembalikan semula kepada MDA.

Walau bagaimanapun, pengguguran permohonan ini tidak menjejaskan hak establismen untuk membuat permohonan baru. Fi permohonan bagi permohonan yang digugurkan tidak akan dikembalikan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emel di registration [AT] mda [DOT] gov [DOT] my.

 

Dikemaskini: 23 Mac 2023

 

Print

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 2569 Yesterday 6448 Week 14121 Month 33807 Visitor Counter: 117333654

  • Last Modified: 06 June 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768