• Home
  • Announcement
  • PENGUMUMAN TEMPOH PERALIHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN SIJIL PENDAFTARAN PERANTI PERUBATAN SECARA ELEKTRONIK

PENGUMUMAN TEMPOH PERALIHAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN SIJIL PENDAFTARAN PERANTI PERUBATAN SECARA ELEKTRONIK

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan [Medical Device Authority (MDA)] akan melaksanakan penggunaan sijil pendaftaran peranti perubatan secara elektronik bermula 2 Mei 2023. Pihak establismen boleh memuat turun sijil pendaftaran peranti perubatan daripada sistem MeDC@St2.0+ setelah permohonan selesai (status complete) dan bayaran fi pendaftaran telah dijelaskan.

Kedua-dua sijil pendaftaran peranti perubatan fizikal dan elektronik boleh digunakan bagi tujuan import atau meletakkan peranti perubatan dalam pasaran Malaysia. Tempoh peralihan penggunaan sijil pendaftaran peranti perubatan fizikal kepada sijil pendaftaran peranti perubatan elektronik adalah sehingga 31 Disember 2023. Dalam tempoh peralihan ini, establismen akan menerima sijil pendaftaran peranti perubatan fizikal seperti proses sedia ada dan dalam masa yang sama sijil pendaftaran peranti perubatan elektronik boleh dimuat turun daripada sistem MeDC@St2.0+. Bagi melancarkan proses peralihan ini, establismen dikehendaki mengambil sijil pendaftaran peranti perubatan fizikal di pejabat MDA selepas 7 hari bekerja dari tarikh permohonan selesai (status complete).

Penggunaan sijil pendaftaran peranti perubatan elektronik akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 1 Januari 2024 dan tiada lagi sijil pendaftaran peranti perubatan fizikal akan dikeluarkan oleh MDA.

 

Sekian, terima kasih.

 

Pihak Berkuasa Peranti Perubatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Tarikh dimuatnaik: 2 Mei 2023

Tarikh dikemaskini: 22 Mei 2023

Print

  Medical Device Authority (MDA),
Ministry of Health Malaysia,
Level 6, Prima 9, Prima Avenue II,
Block 3547, Persiaran APEC,
63000 Cyberjaya, Selangor, MALAYSIA

  +603 - 8230 0300
  +603 - 8230 0200 
 

Today 584 Yesterday 4664 Week 28392 Month 173428 Visitor Counter: 118827271

  • Last Updated: 29 September 2023.
facebooktwitterinstagramyoutube
Copyright © 2023 Medical Device Authority
Ministry of Health Malaysia
Best view with Firefox 64 and above, minimum resolution 1366x768