3 Ogos 2022 – Medical Device Authority (MDA) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melakukan satu pemeriksaan bersepadu yang berkaitan dengan penjualan peranti perubatan di 9 buah premis sekitar Seremban, Negeri Sembilan. Seramai 4 orang pegawai KPDNHEP manakalah 4 orang pegawai daripada MDA turut terlibat dalam siri pemeriksaan tersebut. Antara peranti perubatan yang diperiksa adalah Kit Ujian Kendiri Covid-19, Pelitup Muka, Sarung Tangan Pemeriksaan, Glukometer, Alat Tekanan Darah dan Termometer.


Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati bahawa terdapat 1 premis yang tidak patuh dengan menjual peranti perubatan yang tidak berdaftar dengan MDA, manakala selebihnya patuh dengan arahan yang telah ditetapkan. Oleh itu, orang awam dinasihatkan agar membeli peranti perubatan yang berdaftar dengan MDA sahaja. Hal ini bagi memastikan peranti perubatan tersebut selamat untuk digunakan dan tidak menjejaskan kesihatan. Untuk menyemak peranti perubatan yang berdaftar seperti Kit Ujian Kendiri Covid-19, orang awam boleh melayari portal mdar.mda.gov.my

 

9 copy8 copy6 copy3 copy7 copy5 copy2 copy1 copy10 copy4 copy