23 Ogos 2022 – Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6 yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA merangkap Pengerusi MBJ serta dihadiri oleh pengarah-pengarah bahagian, pegawai-pegawai dan juga kakitangan MDA yang lain.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara yang telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Ahli Pekerja yang telah diadakan baru-baru ini. Selain itu, perkara yang telah dibangkitkan itu akan dibahaskan melalui mesyuarat MBJ bagi tujuan pertimbangan dan kelulusan di peringkat atasan.

 

IMG 9080IMG 9057IMG 9062IMG 9069IMG 9081