9 September 2022 – Baru - baru ini Medical Device Authority Club (MeDAC) telah menganjurkan satu Program Khas Sempena Hari Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, aras 6 MDA pada 9 september 2022 (jumaat). Kursus ini turut dihadiri oleh para pegawai dan juga kakitangan MDA.

Program ini dahulukan dengan Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat seterusnya diteruskan dengan program ceramah motivasi khas bertajuk, ‘Keluarga MeDAC: Terapkan Perpaduan, Kikiskan Persengketaan’ yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Da’i Annas.

Tujuan program ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan kakitangan MDA dan saling bekerjasama dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

 

IMG 9647IMG 9670IMG 9625IMG 9637IMG 9628IMG 9630IMG 9634IMG 9675IMG 9692IMG 9693