15 Februari 2023 – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menjalankan satu operasi serbuan bersepadu bersama Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF) Johor ke atas sebuah syarikat yang disyaki telah melanggar Seksyen 15 Akta 737 iaitu beroperasi tanpa lesen establismen di bawah Akta yang sama. Operasi dilakukan di sekitar Iskandar Puteri, Johor pada 13 Februari 2023 yang lalu.

Seramai 5 orang anggota serbuan daripada MDA serta 5 orang pegawai daripada BPF Johor telah terlibat dalam operasi bersepadu ini.

Hasil daripada serbuan ini, syarikat terbabit didapati juga telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta 737 iaitu telah mengimport dan mengedarkan peranti perubatan yang tidak berdaftar dalam pasaran.

Menurut Ketua Serbuan, MDA telah merampas peranti perubatan yang tidak berdaftar seperti Cold/Hot Pack tanpa jenama serta Eczema Cream pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai lebih RM 20 000.

Justeru, orang awam dinasihatkan agar berhati-hati dalam membeli peranti perubatan yang berada dalam pasaran. Sila pastikan peranti perubatan yang dibeli telah berdaftar dengan MDA bagi memastikan prestasi dan keselamatan peranti perubatan tersebut terjamin. Orang ramai juga boleh merujuk dan membuat semakan pendaftaran peranti perubatan di portal MDA https://mdar.mda.gov.my/

Penulis: Rafiq Husaini Bin Roslan

1a2a3a

4a5a6a

7a8a