Program Pengukuhan Integriti bertajuk “Pengurusan Percanggahan Kepentingan” telah diadakan pada Jumaat 24 Februari 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, MDA. Tujuan program ini dilaksanakan adalah memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan pengurusan konflik kepentingan di tempat kerja dan dalam urusan rasmi serta memberi kefahaman mendalam berkaitan konflik kepentingan yang sewajarnya dielakkan dalam diri setiap penjawat awam terutamanya pekhidmat MDA.

Taklimat ini telah dihadiri daripada para pegawai daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi iaitu Pengarah Bahagian, Ketua Cawangan/Unit, dan semua pegawai dan kakitangan MDA. Terdahulu, Ketua Eksekutif MDA, En. Muralitharan Paramasua turut serta dalam program tersebut dan tampil memberikan kata alu-aluan sebelum program berlangsung.

Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Pn. Azearahah binti Mat Jusoh, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Pematuhan, Unit Integriti KKM. Pihak MDA ingin merakamkan penghargaan kepada beliau di atas kesudian memberikan taklimat disamping berkongsi beberapa tips/panduan dalam menguruskan percanggahan kepentingan dalam urusan rasmi di MDA.

Penulis: Musa Bin Mohd Hussin

IMG 4383IMG 4350IMG 4372

IMG 4374IMG 4387IMG 4394