17 Februari 2023 – Baru-baru ini telah berlangsung satu sesi perjumpaan bersama ketua eksekutif iaitu Dr Muralitharan Paramasua di bilik mesyuarat meranti, aras 6 MDA. Sesi perjumpaan ini telah dihadiri oleh pengarah-pengarah bahagian, ketua-ketua unit serta pegawai-pegawai MDA yang lain.

Perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan ketua eksekutif yang baharu kepada seluruh kakitangan MDA. Dr Muralitharan Paramasua juga turut berucap bagi menyampaikan amanat dan inisiatif yang ingin beliau bawakan sepanjang memegang jawatan sebagai ketua eksekutif di MDA serta beliau juga memperkenalkan latar belakang beliau sebelum dilantik sebagai ketua eksekutif.

Seluruh warga kerja MDA ingin mengucapkan sekalung tahniah buat Dr Muralitharan Paramasua atas pelantikan sebagai ketua eksekutif MDA yang baharu. Semoga pelantikan ini dapat membawa MDA ke peringkat yang lebih tinggi dan progresif.

Penulis: Herman Sah Bin Ab Hassan

IMG 4120IMG 4127IMG 4136

IMG 4150IMG 4175IMG 4181