17 Mac 2023 – Baru-baru ini telah berlansungnya Morning Prayer yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Program yang berlansung pada jam 9.30 pagi itu bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, Bagunan Prima 9, Cyberjaya.

Program tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan telah dihadiri oleh semua pegawai dari setiap bahagian dan unit.

Perjumpaan pada kali ini menjurus kepada penyampaian ucapan semangat daripada Ketua Eksekutif kepada semua kakitangan agar lebih cekal dalam mengharungi cabaran dan menerima kritikan sebagai suatu pemangkin semangat agar diri menjadi insan yang lebih cemerlang dan berani demi menggalas tugas di MDA.  

Penulis: Muhammad Syamsul Akmal Bin Shaharizan

IMG 4872IMG 4879IMG 4880

IMG 4864IMG 4877IMG 4863