Isnin – 27 Mac 2023: Telah berlansungnya satu wawancara MDA di Bernama Radio dengan topik yang dibincangkan iaitu “Waspada Keselamatan Peranti Perubatan (Medical Device)” yang disampaikan sendiri oleh YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA bertempat di konti radio Bernama, Wisma Bernama, Kuala Lumpur.

YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua telah membincangkan bahawa keselamatan pada peranti perubatan amatlah penting, dengan itu peranti perubatan tersebut haruslah mendapat pengesahan dahulu daripada MDA. Sehubungan itu, orang awam dinasihati supaya lebih peka dengan peranti perubatan yang ingin dibeli serta tidak mengambil mudah terhadap perkara ini demi keselamatan dan kebaikan bersama.

Sekiranya terdapat sebarang aduan mengenai peranti perubatan, orang awam boleh menyalurkan aduan tersebut di laman sesawang MDA https://femes.mda.gov.my/ .

 Penulis: Muhammad Syamsul Akmal Bin Shaharizan

 

 

2WhatsApp Image 2023 03 27 at 1.04.11 PM 21

 

376