Berita MDA

SESI MORNING PRAYER KE-3 MDA

Cyberjaya: Satu program rutin Warga MDA iaitu Morning Prayer telah berlangsung selama 30 minit bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, Bangunan Prima 9.

YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif Pihak, (MDA) telah mengupas tentang isu transformasi MDA yang akan dilaksanakan secara berperingkat dari semasa ke semasa. Di antara transformasi yang telah dibawa ialah Face Recognition System pada 27 Mac 2023 yang lalu. Sistem tersebut merupakan sistem merekod kehadiran pekerja ke pejabat melalui imbasan muka.

Sistem ini merupakan satu penambahbaikan bagi kakitangan MDA untuk memudahkan urusan lapor diri bekerja. Seterusnya, beliau juga telah mengumumkan dua berita gembira iaitu beliau akan memperkenalkan Sistem Masa Fleksibel Berkerja dan Penggiliran Tugasan dan Kerja

Sistem fleksibel yang masih dalam peringkat percubaaan itu akan diperkenalkan bagi memudahkan urusan pekerja dengan mereka boleh memilih sama ada hendak bekerja di pejabat atau mana-mana lokasi bersesuaian seperti  bekerja dari rumah dan sebagainya. Waktu fleksibel bekerja ini diberi sebanyak 1 hari seminggu.

Selain itu, beliau turut mencadangkan tentang penggiliran tugas dan kerja iaitu beliau akan membuka peluang kepada para kakitanggan MDA untuk meneroka bidang atau bahagian lain sekiranya berminat dengan syarat pekerja itu haruslah sudah 3 tahun atau lebih tempoh perkhidmatannya di MDA.

Perjumpaan pada kali ini lebih menekankan kepada inovasi yang akan dibawa ke MDA tidak lama lagi. Namun meskipun ianya hanya baru berada pada tahap percubaan, transformasi dan inovasi ini merupakan langkah kanan dalam memajukan lagi MDA pada masa hadapan.

Penulis: Muhammad Syamsul Akmal Bin Shaharizan

 

WhatsApp Image 2023 03 31 at 3.25.26 PMWhatsApp Image 2023 03 31 at 3.25.26 PM 1