SESI LIBAT URUS BERSAMA BAHAGIAN PEROLEHAN DAN PENSWASTAAN, KKM DAN EJEN PENENDER PERANTI PERUBATAN

Satu sesi libat urus bersama Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ejen penender telah diadakan pada 22 Mac 2023 di Bilik Mesyuarat Meranti, Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh Pengarah DASAR, Pn. Salbiah bt Yaakop dan dihadiri oleh 3 orang pegawai daripada Bahagian Perolehan dan Penswastaan dan Bahagian Perkembangan Perubatan KKM, wakil-wakil daripada 16 syarikat ejen penender dan pegawai-pegawai MDA yang lain.

Sesi libat urus ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan keperluan perlesenan di bawah Akta 737 dan peraturan-peraturan di bawahnya dan tanggungjawab ejen penender bagi perolehan peranti perubatan di KKM. Sesi ini dimulakan dengan pembentangan ringkas oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Pra Pasaran (BKPP), En. Muhd Radhuan bin Abdul Halim dan sesi soal jawab berkaitan dengan isu-isu yang dihadapi oleh ejen penender bagi proses perolehan peranti perubatan melalui tender.

MDA berharap dengan penganjuran sesi libat urus ini ia dapat meningkatkan pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab ejen penender dalam mematuhi keperluan regulatori peranti perubatan di Malaysia bagi memastikan peranti perubatan yang terdapat di pasaran adalah selamat dan berkesan.

 

Penulis: Anis Suhaila binti Abdul Rahman Fuad

 

IMG 5169IMG 5165IMG 5162

 

IMG 5158IMG 5156IMG 5154