10 April 2023 - Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menerima kunjungan daripada Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, Centre for Innovation in Medical Engineering (CIME), Universiti Malaya. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA dan dianggotai oleh Pengarah Bahagian Dasar serta pegawai-pegawai MDA.

Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah bagi membincangkan cadangan daripada pihak CIME, Universiti Malaya dalam beberapa perkara berkenaan Modul Kompetensi Wajib (CCM) serta Continuing Professional Development (CPD) bagi Program Biomedical Technical Personnel (BTP).

WhatsApp Image 2023 04 10 at 4.14.06 PMWhatsApp Image 2023 04 10 at 4.14.06 PM