Cyberjaya – Mesyuarat Ahli Pekerja MDA telah diadakan di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, Prima 9. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Ahmad Farhan Bin Mohd Yunus, selaku Pengerusi Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh kakitangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan MDA. Agenda mesyuarat pada kali ini adalah untuk mencalonkan Pengerusi dan ahli-ahli baharu yang akan menggalas tugas selama tempoh dua tahun iaitu bermula pada tahun 2023 sehingga 2024.

Mesyuarat dimulakan dengan perutusan daripada pengerusi, seterusnya pembentangan bagi pencapaian-pencapaian yang telah dicapai di peringkat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi tahun 2020 sehingga tahun 2022.

Encik Ahmad Farhan bin Mohd Yunus yang telah mempengerusikan mesyuarat ini bermula pada tahun 2020 sehingga 2022 telah tamat tempoh pelantikannya dan diganti dengan Pengerusi baharu iaitu Puan Nurul Hidayah Binti A. Azmi hasil undian tertinggi yang diperoleh.

Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Ahmad Farhan Bin Mohd Yunus, Pengerusi Mesyuarat Ahli Pekerja serta Encik Mohd Shahrezza Bin Sirun selaku Setiausaha Mesyuarat Ahli Pekerja bagi sesi 2020 sehingga 2022 di atas khidmat tersebut.

Syabas diucapkan kepada ahli yang baharu serta semoga dengan amanah yang diberi kepada Puan Nurul Hidayah Binti A. Azmi sebagai Pengerusi, beliau dapat menjalankan tanggungjawab beliau dengan amanah dan jayanya.

Penulis: Muhammad Syamsul Akmal Bin Shaharizan

 

PHOTO 2023 04 12 09 25 16PHOTO 2023 04 12 09 25 10PHOTO 2023 04 12 09 25 19

IMG 5302IMG 5309IMG 5313