Putrajaya - Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua telah mengadakan satu kunjungan hormat terhadap Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, YBhg. En Yahaya Bin Saad bertempat di Pejabat Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Kunjungan ini dianggotai oleh Pengarah Bahagian Dasar serta pegawai-pegawai MDA dan pegawai-pegawai Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.

Perbincangan bersama YBhg. En Yahaya Bin Saad dan pegawai-pegawai Bahagian Kejuruteraan telah berlangsung selama kira-kira satu jam dengan perbincangan beberapa topik berkenaan proses pembangunan dan pelaksanaan rangka kerja kompetensi BTP selaras dengan keperluan yang diperuntukan dalam Seksyen 43 Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737)

Semoga kunjungan hormat ini dapat membantu perancangan MDA dalam pembangunan dan pelaksanaan program kompetensi BTP.

WhatsApp Image 2023 04 11 at 9.00.07 PM