27 Mac 2023 – Pengawasan Pasaran telah diadakan di sekitar Georgetown, Pulau Pinang. Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memantau kepatuhan peranti perubatan yang berada dalam pasaran disamping memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna serta peruncit dalam memastikan kepatuhan sesuatu peranti perubatan.

Antara peranti perubatan yang disemak adalah Kit Ujian Covid-19, Alat Pengukur Tekanan Darah, Glukometer, Kondom, Peti Pertolongan Cemas, Sarung Tangan Pemeriksaan, Pelitup Muka, Termometer, dan lain-lain. Sebanyak 7 premis telah diperiksa dan 4 daripadanya didapati gagal memenuhi keperluan Akta 737. Tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap premis-premis tersebut. Senarai peranti perubatan yang tidak berdaftar yang dijumpai semasa pemeriksaan boleh dirujuk di: https://portal.mda.gov.my/announcement/1170-peranti-perubatan-tidak-berdaftar-dalam-pasaran.html

Pengawasan Pasaran kali ini juga diperluaskan ke klinik kesihatan dan klinik estetik bagi memastikan peranti perubatan yang digunakan adalah selamat dan memenuhi kehendak Akta 737.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihati untuk lebih peka dengan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli adalah berdaftar. Semakan pendaftaran peranti perubatan boleh disemak melalui pautan yang berikut: https://mdar.mda.gov.my/

Penulis: Kamal Hanafi Bin Mohd Nazir

K6K5

K7K8