7 April 2023 - Pengawasan Pasaran telah diadakan di sekitar Port Dickson. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memantau kepatuhan terhadap peranti perubatan yang berada dalam pasaran disamping memupuk kesedaran awam tentang tanggungjawab pengguna serta peruncit dalam memastikan kepatuhan sesuatu peranti perubatan itu. 

Antara peranti perubatan yang disemak adalah Kit Ujian Covid-19, Kondom, Kit Ujian Kehamilan, Pelitup Muka Pembedahan, Termometer, Spirometer, Alat Bantu Pendengaran, dan lain-lain. Sebanyak lima premis telah diperiksa dan tiga daripadanya didapati gagal memenuhi keperluan Aka Peranti Perubatan 2012 Akta 737). Tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap premis-premis tersebut. Senarai peranti perubatan yang tidak berdaftar yang dijumpai semasa pemeriksaan boleh dirujuk di: https://portal.mda.gov.my/announcement/1170-peranti-perubatan-tidak-berdaftar-dalam-pasaran.html.

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihati untuk lebih peka dengan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli telah berdaftar. Semakan pendaftaran peranti perubatan boleh disemak melalui pautan yang berikut: nttps://mdar.mda.gov.my/.

 

Penulis: Muhammad Akmal Bin Rosman

 

E 1E 2E 3