13 April 2023 – Suatu sesi libat urus dan perbincangan telah diadakan oleh Unit Undang-Undang MDA yang diwakili oleh Tuan Mohamad Shazani Shafiq Bin Bahar dan Encik Ahmad Firdaus Bin Surmazalan bersama Bahagian Penguatkuasaa Farmasi (Perundangan) bertempat di Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Petaling Jaya.

Sesi libat urus ini telah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan isu-isu penguatkuasaan, pendakwaan dan juga kerjasama yang akan dijalankan diantara MDA dan juga Bahagian Penguatkuasaan Farmasi pada masa yang akan datang.

Kerjasama diantara dua agensi dan bahagian penguatkuasaan ini adalah bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama disamping berkongsi maklumat dalam memperkasakan keseluruhan penguatkuasaan peranti perubatan dan ubat-ubatan serta yang berkaitan dengannya.

Penulis: Ahmad Firdaus Bin Surmazlan

 

WhatsApp Image 2023 04 19 at 5.21.17 PM 2WhatsApp Image 2023 04 19 at 5.21.17 PM 1

WhatsApp Image 2023 04 19 at 5.21.17 PMWhatsApp Image 2023 04 19 at 5.21.16 PM