Cyberjaya: Morning Prayer ialah satu program rutin di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Program yang berlangsung selama 30 minit itu dilaksanakan pada 18 April 2023, Selasa bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti.

“Selamat menyambut hari raya” merupakan ucapan daripada YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif Pihak, (MDA) kepada semua anggota MDA sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Beliau menyampaikan sedikit nasihat kepada kepada warga MDA serta orang awam supaya menjaga keselamatan semasa pulang ke kampung halaman.

Seterusnya, YBrs. Dr. Muralitharan Paramasua juga menekankan tentang kepentingan tanggungjawab pekerja. Tegasnya, setiap tugasan yang diterima haruslah dilakukan dengan kadar segera agar tidak berlaku kelewatan atau penangguhan kerja. Sebagai pekerja yang bertanggungjawab, tugasan yang dilakukan haruslah dilaksanakan dengan amanah dan berdedikasi supaya hasil yang diperoleh menjadi lebih bermutu.

Perjumpaan pada kali ini lebih menfokuskan kepada pesanan yang membangkitkan semangat anggota MDA.

Penulis: Muhammad Syamsul Akmal Bin Shaharizan

 

IMG 5626IMG 5624IMG 5632

IMG 5630IMG 5633IMG 5621