12 Mei 2023 – Mesyuarat bersama pihak APACMed telah diadakan secara dalam talian bagi tujuan menyediakan struktur program latihan kepada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Mesyuarat telah dihadiri oleh Puan Salbiah Bt Yaakop (Pengarah Dasar, Hubungan Industri dan Antarabangsa), Puan Norhafizah Bt Mohd Salleh, Encik Muhammad Marwan Bin Anoor dan wakil-wakil daripada pihak APACMed.

Mesyuarat telah membincangkan beberapa topik yang berpotensi untuk dimasukkan ke dalam program latihan. Antaranya adalah ‘Innovative Medical Devices’, ‘Cybersecurity’, ‘Software’, ‘Artificial Intelligence’, ‘Machine Learning’, Liquid/Cream based devices’ dan ‘Nonmencleture’. Diharap input-input yang diberikan dapat membantu pihak APECmed dalam menyediakan program latihan yang berkesan kepada MDA seterusnya memberikan manfaat kepada pegawai-pegawai MDA dalam usaha meningkatkan pembangunan kompetensi dalam bidang peranti perubatan melalui perkongsian oleh pakar-pakar teknikal di peringkat antarabangsa.

Penulis: Muhammad Marwan Bin Anoor

WhatsApp_Image_2023-05-13_at_7.14.13_PM_1WhatsApp_Image_2023-05-13_at_7.14.13_PM