PUTRAJAYA – Telah berlangsungnya majlis Project High Performance MDA, A Day With CEO, pada 7 Jun 2023, bertempat di Level C Conference Hall, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Majlis ini menyaksikan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), telah menyampaikan pembentangan beliau. Secara umum, semua pihak perlu melihat perspektif hasil pencapaian 100 hari pentadbiran Ketua Eksekutif, Dr Muralitharan Paramasua menerajui Medical Device Authority (MDA).

Dalam tempoh itu, terdapat beberapa perkara yang telah dilaksanakan oleh Dr Muralitharan Paramasua. Antara perkara yang telah dilaksanakan tersebut adalah mengumumkan pelaksanaan sistem BayarNow, mewujudkan E-Certificate, mempercepatkan sistem pendaftaran, serta menjalinkan hubungan dengan MITI bagi membantu pihak industri.

Agenda yang disampaikan oleh beliau telah membuka mata banyak pihak terutamanya industri peranti perubatan dan kesihatan. Hal ini kerana terdapat banyak perubahan yang dibawa oleh beliau sepanjang tempoh 100 hari berkhidmat di MDA. – Syamsul Akmal, MDA

 

IMG_6168IMG_6210

IMG_6165IMG_6336

IMG_6327IMG_6317

IMG_6254IMG_6221

IMG_6205WhatsApp_Image_2023-06-09_at_10.58.45_AM_1