12 Jun 2023 – Mesyuarat MDA bersama Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Czech dan perwakilan tinggi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Meranti, MDA dan telah dihadiri oleh Encik Jiří Kozák (Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Czech), Encik Milan Hupcej (Duta Republik Czech), Dr Muralitharan Paramasua (Ketua Eksekutif MDA) dan delegasi-delegasi daripada pihak Republik Czech dan pihak MDA.

Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk menggalakkan kerjasama di antara kedua - dua negara dan merangsang pembangunan dalam bidang peranti perubatan.

Melalui mesyuarat ini, pihak MDA telah berkongsi berkenaan sistem kawal selia peranti perubatan di Malaysia, yang merangkumi proses perlesenan dan pendaftaran peranti perubatan.

Manakala dari pihak Republik Czech terdapat perkongsian dari wakil persatuan iaitu Association of Manufacturers and Suppliers of Medical Devices (AVDZP) berkaitan teknologi peranti perubatan yang dikeluarkan oleh negara mereka.

Sementara itu, terdapat perbincangan berkenaan peluang kerjasama yang dapat diterokai di antara kedua - dua pihak dalam bidang peranti perubatan bagi memastikan harmonisasi, fasilitasi dan promosi berkenaan kawalan peranti perubatan. Kerjasama ini juga dapat merapatkan hubungan kedua-dua negara dalam mengawalselia peranti perubatan sekaligus untuk memastikan jurang perdagangan dapat dikurangkan dalam membantu pihak pemegang taruh dapat memasarkan peranti perubatan dengan lebih mudah.

IMG_6571IMG_6505

IMG_6543IMG_6460

IMG_6488WhatsApp_Image_2023-06-12_at_10.57.20_AM

IMG_6623IMG_6631

IMG_6527IMG_6443