14 Jun 2023 – Mesyuarat Dua Hala antara MDA, Malaysia dan NMPA, China telah diadakan di Shenzhen, China. Mesyuarat ini diadakan secara hybrid di mana Ketua Eksekutif MDA, Dr Muralitharan Paramasua telah memberi ucapan pembukaan melalui atas talian. Sementara itu, Puan Salbiah Bt Yaakop, Pengarah Dasar, Industri dan Antarabangsa telah hadir secara fizikal manakala wakil dari NMPA telah dihadiri oleh Dr Xu Jinghe, Deputy Commissioner of NMPA. Turut hadir adalah pegawai - pegawai MDA dan NMPA.

Mesyuarat yang diadakan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama yang boleh diterokai di antara kedua-dua pihak bagi mengawalselia peranti perubatan. Melalui mesyuarat ini pihak MDA dan NMPA telah berkongsi berkenaan sistem kawal selia peranti perubatan yang dilaksanakan di negara masing-masing.

Pihak NMPA telah memberikan reaksi yang positif ke arah pelaksanaan MOU. Strategi pelaksanaan dan skop kerjasama di antara kedua - dua pihak telah dibincangkan melalui mesyuarat ini, seterusnya diharap kerjasama ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua negara.

 

WhatsApp_Image_2023-06-15_at_1.34.30_PMWhatsApp_Image_2023-06-15_at_1.34.22_PMIMG_6649

IMG_6652IMG_6657IMG_6664

IMG_6666IMG_6674IMG_6675