13 JUN 2023 - Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperkenalkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan yang bertujuan untuk menyaring tahap kesihatan rakyat Malaysia.

Program Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan ini diadakan bagi mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Medical Device Authority telah menyahut saranan inisiatif tersebut dan telah melaksanakan Sesi Saringan Kesihatan yang dikendalikan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang.

Saringan ini telah diadakan di pejabat MDA pada 13 Jun 2023 dengan penglibatan seramai 4 orang petugas kesihatan dan disertai oleh 86 orang warga MDA. – Raihan, MDA

 

Saringan_image_3Saringan_image_1Saringan_image_4

Saringan_image_9Saringan_image_7