14 – 15 Jun 2023 – Mesyuarat Global Harmonization Working Party Tehnical Committee (GHWP TC) telah diadakan di Shenzhen, China yang telah dipengerusikan oleh Dr Abdullatif S. Alwatban (SFDA, Arab Saudi) dan timbalan pengerusi adalah Puan Li Jun (NMPA, China) bersama Puan Miang Tanakasemsub (Thailand). Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh Pengerusi GHWP iaitu Dr Xu Jinghe daripada NMPA, China. Keanggotaan GHWP TC kali ini adalah sebanyak 33 negara keahlian, termasuklah Malaysia. Mesyuarat GHWP TC tersebut telah dihadiri daripada pelbagai pakar-pakar daripada badan pihak berkuasa dan industri peranti perubatan. Malaysia melalui MDA telah diketuai oleh Puan Salbiah Bt Yaakop sebagai Pengerusi GHWP WG 8 dan turut dihadiri Encik Muhammad Marwan bin Anoor, Pengurus Jawatankuasa GHWP WG 8.

 

Mesyuarat GHWP TC ini diadakan bertujuan bagi mencapai matlamat-matlamat GHWP dalam kawal selia peranti perubatan termasuklah memantau keseluruhan pelan kerja WG, memantau pengurusan pembangunan garis panduan, menyelaraskan program-program, kerjasama dengan organisasi antarabangsa, pengesahan-pengesahan perkara penting dan lain-lain. Terdapat sesi-sesi terbuka yang berkaitan peranti perubatan telah dikongsikan bersama seperti ‘ Innovative Medical Devices’, ‘Pre-market Regulatory Policy for IVD’ dan ‘ Software of Medical Device’. Merujuk kepada sesi tertutup, mesyuarat GHWP TC juga telah membincangkan pelan kerja TC, laporan setiap jawatankuasa kumpulan kerja (WG), perbincangan kolaborasi antara GHWP dan IMDRF dan penyelarasan bagi templat dokumen panduan.

 

WhatsApp_Image_2023-06-16_at_8.36.45_AM.jpegWhatsApp_Image_2023-06-16_at_8.36.45_AM_1

WhatsApp_Image_2023-06-16_at_8.36.46_AM.jpegWhatsApp_Image_2023-06-16_at_8.36.46_AM_1.jpeg

WhatsApp_Image_2023-06-16_at_8.36.46_AM_2.jpegWhatsApp_Image_2023-06-16_at_8.36.47_AM.jpeg

WhatsApp_Image_2023-06-16_at_8.40.23_AM.jpegWhatsApp_Image_2023-06-19_at_11.49.31_AM