16 Jun - Program Pengukuhan Integriti bertajuk “Pengurusan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan” telah diadakan pada Jumaat 16 Jun 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, MDA. Tujuan program ini dilaksanakan adalah Memberi pendedahan dan kefahaman mendalam berkaitan pengaruh luar yang sewajarnya dielakkan dalam diri setiap penjawat awam terutamanya pekhidmat MDA seperti yang terkandung dalam Polisi Pengurusan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan KKM.
 
Taklimat ini telah dihadiri daripada para pegawai daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) iaitu Ketua Cawangan/Unit, dan semua pegawai dan kakitangan MDA. Taklimat telah dihadiri oleh seramai 60 orang pegawai dan kakitangan MDA daripada setiap Bahagian dan Unit.
 
Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Pn. Azearahah binti Mat Jusoh, Ketua Penolong Setiausaha, Seksyen Pematuhan, Unit Integriti KKM. Pihak MDA ingin merakamkan penghargaan kepada beliau di atas kesudian memberikan taklimat disamping berkongsi beberapa prosedur dan kaedah dalam menguruskan pengaruh luar dan surat sokongan di MDA.
 
IMG_6703IMG_6677IMG_6697
IMG_6685IMG_6692IMG_6696