21 JUN 2023, Kangar – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah mengadakan lawatan ke farmasi-farmasi yang berada di sekitar Bandar Kangar untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai peranti perubatan yang dijual di farmasi tersebut.

Lawatan ini merupakan inisiatif MDA dalam meningkatkan lagi tahap kesedaran dan pengetahuan kepada pengedar dan pengguna peranti perubatan mengenai peranti perubatan yang telah berdaftar sahaja boleh dijual kepada orang awam.

Selain itu, lawatan ke farmasi ini telah diketuai oleh ini Cik Nur Farahna Binti Talib, Penolong Pengarah Penguatkuasa dan turut disertai oleh Encik Mohd Shahrezza Bin Sirun, Penolong Pengarah Kanan Dasar, Encik Muhammad Hazman Bin Mohd Zaini, Penolong Pengarah Kanan Kawalan Pra Pasaran serta diiringi oleh pegawai-pegawai MDA yang turut bersama-sama menyertai sesi ini.

Setiap farmasi-farmasi yang telah dilawati menerima dan menampal poster kesedaran berkaitan pembelian peranti perubatan berdaftar dengan MDA untuk dipamerkan sebagai saluran kesedaran kepada orang awam.

MDA akan berterusan melalukan kerja-kerja pemantauan dan memberikan informasi berkaitan isu-isu keselamatan dan keberkesanan peranti perubatan kepada orang awam dari semasa ke semasa. – Syamsul Akmal, MDA