20 Jun 2023 – Satu sesi perkongsian maklumat Sistem Penguatkuasaan Dalam Talian [Integrated Enforcement Management System (IEMS)] telah diadakan di pejabat KPDN, Putrajaya. Sesi perkongsian tersebut telah dihadiri oleh beberapa orang pegawai dari KPDN yang diketuai oleh Tuan Aminuddin bin Muhammad, Pengarah Seksyen Siber dan Digital Bahagian Penguat Kuasa dan juga pegawai dari Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan (BPP), diketuai oleh Puan Idamazura binti Idris@Harun selaku Pengarah Bahagian.

Pegawai MDA telah didedahkan kepada aplikasi dan laman web IEMS semasa sesi 3 jam tersebut. Sesi ini juga penting bagi membantu pihak MDA dalam membangunkan sistem pemantauan peranti perubatan dalam talian kelak.

 

GAMBAR