5 Julai 2023 – Satu taklimat berkaitan aktiviti penguatkuasaan bersama Penguat Kuasa Kementerian Pengguna Dalam Negeri (KPDN) telah diadakan di pejabat Pihak Berkuasa Peranti Perubatan [Medical Device Authority (MDA), Cyberjaya.

Sesi tersebut telah dihadiri oleh pegawai-pegawai MDA dan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan, Puan Idamazura binti Idris @ Harun. Penguat Kuasa KPDN yang diwakili oleh Tuan Mohd Redzuan bin Nordin dari Seksyen Serbuan dan Siasatan KPDN serta Tuan Mohd Shazuan bin Che Pin dari Seksyen Harta Intelek KPDN telah memberikan taklimat berkaitan dengan isu peranti perubatan palsu dan melepasi tarikh luput. Selain itu, turut dibincangkan adalah kerjasama penguatkuasaan di antara MDA dengan KPDN pada masa akan datang.-Muhammad Ikhwan Hafiz Bin Zainuddin, MDA