17 Julai 2023 - Sesi Taklimat dan Perbincangan Bagi Penganjuran Misi Perdagangan Berkaitan Peranti Perubatan di United Kingdom, Republik Czech dan Jerman telah diadakan di MDA, Cyberjaya. Sesi ini dipengerusikan oleh Dr Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA dan dihadiri oleh pihak berkepentingan iaitu Bahagian Dasar dan Hubungan Antarbangsa (BDHA) KKM, Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS) KKM, Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan persatuan-persatuan peranti perubatan Malaysia yang terdiri daripada Persatuan Pengilang-pengilang Peranti Perubatan Malaysia (PERANTIM), Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association (MARGMA), Association of Malaysian Medical Industries (AMMI).

Sesi ini telah diadakan bagi memberikan penerangan dan mengadakan perbincangan lanjut berkenaan misi perdagangan berkaitan peranti perubatan ke tiga-tiga negara tersebut. Misi perdagangan ini bertujuan mengetengahkan dan memperkenalkan industri peranti perubatan Malaysia menerusi potensi kerjasama perdagangan dua hala, di samping membincangkan kerjasama dua hala antara MDA dengan pihak berkuasa peranti perubatan di negara-negara tersebut. Misi yang dianjurkan pihak MDA akan melibatkan pihak berkepentingan yang berkaitan dalam industri peranti perubatan.

Secara keseluruhan, pihak berkepentingan memberi reaksi yang positif terhadap misi perdagangan ini. Adalah menjadi harapan MDA agar misi ini dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama daripada kesemua pihak yang terlibat termasuklah kedutaan Malaysia di ketiga-tiga negara berkenaan.

 

IMG_7759IMG_7756IMG_7764

IMG_7766IMG_7778IMG_7781