18 Julai 2023- Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan [Medical Device Authority (MDA)], Dr. Muralitharan Paramasua telah menghadiri pameran dan sesi dialog bersama pembuat peranti perubatan tempatan yang dianjurkan oleh Invest Penang di Pulau Pinang. Sesi ini merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk mempromosi peranti perubatan buatan Malaysia, berkongsi status pembangunan ekosistem industri peranti perubatan dan juga potensi Pulau Pinang sebagai hub peranti perubatan kepada semua wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan MDA.
 
Pameran dan dialog itu juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berhormat Tuan Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru, Yang Berbahagia Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Dr. Asmayani binti Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan Dr. Fazilah Shaik Allaudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang serta Yang Berbahagia Dato’ Loo Lee Lian, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Penang, selaku hos program.
 
Pembuat peranti perubatan telah membangkitkan beberapa isu dan cabaran semasa beserta cadangan-cadangan untuk dipertimbangkan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi semasa sesi dialog berkenaan. Selain itu juga, MDA dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan MIDA akan menganjurkan Misi Perdagangan (Trade Mission) ke negara-negara luar. Menerusi misi ini, diharapkan dapat menjalinkan kerjasama perdagangan dua hala serta mengetengahkan industri tempatan ke pasaran global.
 
Turut serta bersama-sama dengan Ketua Eksekutif MDA ke program ini adalah Puan Aidahwaty Ariffin@Olaybal, Pengarah Bahagian Kawalan Pra Pasaran, Puan Norlela Hatta@Antah dan Encik Luqman Hafifi Bin Che Yussof daripada Bahagian Dasar, Hubungan Industri dan Antarabangsa. MDA juga telah menghadiri lawatan kerja ke kilang Pentamaster MediQ Sdn. Bhd. dan UMediC Group Sdn. Bhd. yang terletak di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang. Semasa lawatan ini, MDA telah diberi penerangan berkenaan status pengoperasian, teknologi yang digunakan, proses pembuatan dan penghasilan produk oleh kedua-dua kilang tersebut.
 
Disediakan oleh : Cawangan Industri, Bahagian Dasar, MDA.
 
WhatsApp_Image_2023-07-25_at_5.08.38_PM_7
WhatsApp_Image_2023-07-25_at_5.08.36_PMWhatsApp_Image_2023-07-25_at_5.08.37_PMWhatsApp_Image_2023-07-25_at_5.08.38_PMWhatsApp_Image_2023-07-25_at_5.08.38_PM_3
WhatsApp_Image_2023-07-25_at_5.08.38_PM_4WhatsApp_Image_2023-07-25_at_5.08.38_PM_6WhatsApp_Image_2023-07-25_at_5.08.38_PM_8WhatsApp_Image_2023-07-25_at_5.08.38_PM_10