1 Ogos 2023 - Mesyuarat Misi Perdagangan Czechia bersama Pihak Kedutaan Czechia dan PERANTIM telah diadakan di Pejabat Kedutaan Czechia, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini merupakan rentetan daripada Mesyuarat MDA bersama Timbalan Menteri Luar Negeri Czechia dan Perwakilan Tinggi Czechia yang telah diadakan pada 12 Jun 2023. Sebagai makluman, delegasi Malaysia dari MDA diketuai oleh Dr Muralitharan Paramasua dan turut hadir oleh pegawai-pegawai MDA yang berkaitan.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan bagi memberi penerangan dan maklumat berkenaan misi perdagangan berkaitan peranti perubatan dari negara Czechia. Seterusnya, perbincangan berkisar kepada program dan kerjasama yang akan dilaksanakan pada masa akan datang. Pihak kedutaan turut memberi cadangan penambahbaikan terhadap program tersebut, maklum balas yang positif dalam membantu menjayakan misi ini.

Adalah menjadi harapan MDA agar misi ini dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama daripada kedutaan Czechia, persatuan-persatuan industri peranti perubatan Malaysia dan pihak-pihak yang berkaitan. - Muhammad Marwan, MDA