Ipoh, Perak –Program Promosi Kesedaran Kepada Pengguna Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) telah dianjurkan oleh pihak MDA pada 24 Julai 2023 bertempat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam khususnya daripada sektor perubatan mengenai maklumat, penerangan dan pendedahan kepada semua pengguna peranti perubatan berkaitan isu-isu yang dapat dikaitkan dengan Akta 737 iaitu Akta Peranti Perubatan.

Seramai 4 orang pegawai daripada MDA telah menyampaikan ceramah mereka sepanjang program tersebut diadakan. Antara topik yang dibentangkan adalah Medical Device Awareness for Heathcare Instituitions – Regulatory Framework, Updates on Policies, Guidance Documents, Medical Device Registration Requirements: Act 737 and MDR 2012, Establishment License-Briefing for Healthcare Institutions dan Pascapasaran & Penguatkuasaan: Tanggungjawab Pengguna.

Selain itu, program ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan kesihatan Negeri (JKN), Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah serta Klinik Kesihatan dari negeri Perak dan Pulau Pinang.

Hal ini bagi memberikan kesedaran kepada pengguna tentang pentingnya peranti perubatan yang telah mendapat kelulusan daripada MDA. MDA akan terus mempergiatkan usaha dalam memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya peranti perubatan yang selamat dan berkesan- Syamsul Akmal, MDA