Perak - Yang Berusaha Dr Mularitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA telah mengadakan satu sesi kunjungan hormat ke atas Yang Berusaha Dr Roniyuzam Bin Abd Malek, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan).

Kunjungan hormat ini merupakan pertemuan julung kalinya diadakan semenjak YBrs Dr Muralitharan Paramasua dilantik sebagai Ketua Eksekutif MDA semenjak pelantikannya pada 15 Februari, 2023 yang lalu.

Tujuan utama kunjungan hormat ini dianjurkan adalah untuk mempereratkan lagi kerjasama antara MDA dan JKN Perak. Di samping itu, kedua-dua pihak dapat saling bertukar informasi berkaitan isu-isu semasa berkaitan peranti perubatan.

Kunjungan hormat ini menyaksikan kedua-dua pihak saling berbincang dan berkongsi pandangan mengenai isu-isu keselamatan dan senario semasa mengenai peranti perubatan yang terdapat di Malaysia khususnya di Negeri Perak. – Syamsul Akmal, MDA