16-17 Ogos 2023 - 'Global Harmonization Working Party (GHWP)- Asia Pacific Medical Technology Association (APACMED) Capacity Building Program' telah diadakan selama 2 hari di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Cyberjaya, dimana program ini merupakan anjuran kali pertama di Malaysia oleh pihak GHWP dan APACMED. Program ini telah dibuka dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Lupi Trilaksono, Timbalan Pengerusi GHWP dan juga ucapan daripada Dr Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif MDA dan Puan Cindy Pelou, APACMED. Sebagai makluman juga, Puan Salbiah Yaakop (Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Stategik, MDA) selaku pengerusi GHWP WG 8 (Standards) telah melibatkan diri secara aktif sebagai salah seorang penceramah bagi program tersebut.

Sesi program ini menjadi batu loncatan ke arah mengasah kemahiran dan mengembangkan pengetahuan pihak MDA, terutamanya dalam bidang keselamatan siber, peranti perubatan inovatif, 'Change Management', 'Nomenclature', 'Software', 'Artificial Intelligence', 'Machine Learning' dan 'Medical Gas System - Standards for Essential Principles'. Melalui perkongsian ini, program ini dapat membantu dalam memupuk pemahaman yang komprehensif dan selanjutnya pihak MDA dapat merancang strategi kawal selia selaras dengan rangka kerja dan keperluan pematuhan yang berkesan dan ke arah penyeragaman regulatori peranti perubatan. - Marwan, MDA