Jumaat, 25 Ogos - Program Pengukuhan Integriti bertajuk “Isu Gangguan Seksual Di Tempat Kerja” telah diadakan pada Jumaat 25 Ogos 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti, Aras 6, MDA. Tujuan program ini dilaksanakan adalah memberi pendedahan berkaitan tanda-tanda gangguan seksual tanpa mengambil kira jantina serta memberi pemahaman berkaitan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya menghadapi gangguan seksual di tempat kerja.

Taklimat ini telah dihadiri daripada para pegawai daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) iaitu Ketua Cawangan/Unit, dan para pegawai dan kakitangan MDA. Taklimat telah dihadiri oleh seramai hampir 80 orang pegawai dan kakitangan MDA daripada setiap Bahagian dan Unit.

Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Pn. Maisarah binti Hashim, Pengarah, Bahagian Pengupayaan Wanita, Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pihak MDA ingin merakamkan penghargaan kepada beliau  atas kesudian memberikan taklimat disamping berkongsi ilmu dan manfaat berkaitan Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840).