Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan (BPP), MDA telah mengadakan satu sesi libat urus bersama ByteDance Malaysia pada 8 Ogos 2023. Sesi ini bertujuan membincangkan isu-isu penjualan serta pengiklanan peranti perubatan tanpa kelulusan MDA melalui aplikasi TikTok.

Selain daripada itu, sesi ini juga membincangkan kerjasama kedua belah pihak bagi menyekat kandungan yang tidak mematuhi keperluan Akta 737 dan peraturan-peraturan di bawahnya secara reaktif dan juga proaktif.

Semoga kerjasama yang terjalin ini dapat menjadikan TikTok sebuah platform yang selamat kepada pengguna peranti perubatan di Malaysia.

 

42

31