3 Ogos 2023 – Satu pengawasan pasaran telah diadakan di sekitar Kuantan, Pahang oleh Unit Pemantauan MDA. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memantau keperluan pendaftaran peranti perubatan yang berada dalam pasaran, memastikan peruncit memperoleh peranti perubatan daripada pembekal yang berlesen dan juga memupuk kesedaran awam terhadap tanggungjawab pengguna dalam memastikan kepatuhan sesuatu peranti perubatan terhadap Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Antara peranti perubatan yang disemak adalah Kit Ujian Kehamilan, Kit Ujian Covid-19, Pelitup Muka Pembedahan, Termometer, Sarung Tangan Pemeriksaan, Fever Cooling Patch, Kondom, Blood Lancet, dan lain-lain. Sebanyak lapan premis telah diperiksa dan dua daripadanya didapati gagal memenuhi keperluan Akta 737. Tindakan yang sewajarnya telah diambil terhadap premis-premis tersebut. Senarai peranti perubatan yang tidak berdaftar yang dijumpai semasa pemeriksaan boleh dirujuk di pautan https://portal.mda.gov.my/announcement/1170-peranti-perubatan-tidak-berdaftar-dalam-pasaran.html

Sehubungan dengan itu, orang awam dinasihati untuk lebih peka dengan memastikan peranti perubatan yang hendak dibeli adalah berdaftar. Maklumat pendaftaran peranti perubatan boleh disemak melalui pautan https://mdar.mda.gov.my/

 

1_edited2_edited

3_edited4_edited