25 Januari 2022 – Satu perjumpaan bersama pekerja telah diadakan yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Farhan Bin Mohd Yunus selaku Pengerusi Pekerja dan telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan pekerja MDA.
 
Perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan dan mengumpul pandangan dari pihak pekerja untuk memperbaiki serta menaik taraf segala keperluan organisasi di masa hadapan.
 
Secara umumnya, terdapat beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut, dan akan dibawa ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Majlis Bersama Jabatan (MBJ) untuk kelulusan.
 
Perjumpaan seperti ini mampu membuka ruang dan peluang kepada seluruh warga MDA untuk menyuarakan pendapat dan cadangan demi kebaikan dan kemajuan di masa akan datang.
 
DSC 0002 EDITED DSC 0005 EDITED
 
DSC 0007 EDITED DSC 0008 EDITED
 
DSC 0009 EDITED