Pada 22 Februari 2022, telah berlangsung sesi dialog berkenaan pelaksanaan permit import peranti perubatan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Akta Kastam 1967.

Selaras dengan bidang kuasa dan skop Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737), Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) sedang dalam proses meletakkan peranti perubatan sebagai senarai item kawalan di bawah Bahagian II Jadual Keempat, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, yang memerlukan permit import yang diluluskan oleh PBPP apabila perintah ini mula dikuatkuasakan.

Sesi dialog ini telah diadakan dengan penyertaan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dagang Net Sdn Bhd dan Persatuan-persatuan peranti perubatan di Malaysia yang terdiri daripada:

  • Malaysia Medical Device Association (MMDA)
  • Association of Malaysian Medical Industries (AMMI)
  • Malaysia Dental Industry Association (MDIA);
  • Malaysian Rubber Glove Manufacturers Association (MARGMA)

Aktiviti stakeholder engagement secara berterusan ini diperlukan bagi penyampaian ketetapan regulatori berkaitan dengan pengimportan peranti perubatan yang akan diputuskan kelak. Bagi memastikan penguatkuasaan permit import dapat berjalan dengan lancar, pandangan daripada pihak-pihak yang terlibat perlu diambilkira sebelum sebarang ketetapan dimuktamadkan.

 

IMG 4226 EDITEDIMG 4229 EDITED

IMG 4232 EDITEDIMG 4243 EDITED

IMG 4248 EDITED