24 Mac 2022 – Satu perbincangan telah diadakan yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA, bagi mendapatkan pandangan terhadap cadangan-cadangan dasar yang akan dibangunkan.

Selain itu, perbincangan ini juga bertujuan untuk menyemak secara terperinci kertas pertimbangan yang telah disediakan dan menyelaras serta menentukan halatuju dasar yang dibangunkan.

Ahli mesyuarat bersetuju cadangan-cadangan dasar yang ingin dibangunkan diangkat ke peringkat JK Dasar Regulatori dan seterusnya ke Mesyuarat Anggota yang akan datang.

 

IMG 4462 EDITEDIMG 4465 EDITEDIMG 4471 EDITED