29 Mac 2022 – Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan keperluan pengiklanan dan penjualan peranti perubatan di TV Home Shopping. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Idamazura Bt Idris @ Harun, Pengarah Bahagian Pasca Pasaran dan Penguatkuasaan (BPPP), MDA.

Selain itu, mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan berkenaan perundangan yang telah ditetapkan terhadap pengiklanan peranti perubatan melalui saluran televisyen. Hal ini juga bertujuan untuk membincangkan mengenai penyampaian maklumat kepada pihak WOWSHOP berhubung keperluan perundangan pengiklanan kepada Akta 737.

Hasil perbincangan pihak WOWSHOP telah mengambil maklum berkenaan kriteria dan tatacara yang perlu diselaraskan sebelum iklan peranti perubatan boleh disiarkan melalui saluran Televisyen Home Shopping.

 

IMG 5516 EDITED