23 Mei 2022 - Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan Pertindihan Kod Tarif Peranti Perubatan untuk tujuan Pewartaan Perintah Larangan Kastam. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA, serta seramai 16 pegawai-pegawai daripada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Dalam Negeri, SIRIM Berhad, Jabatan Pertanian, Jabatan Pertanian Sarawak, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk pemakluman kepada agensi-agensi yang terlibat berkenaan status pelaksanaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) bagi tujuan pewartaan dan kawalan peranti perubatan di pintu masuk. Selain itu, hal ini juga bagi menetapkan mekanisma kawalan untuk tujuan pengeluaran permit import peranti perubatan oleh MDA. Mesyuarat ini juga bagi membincangkan serta menyelaraskan isu berkaitan pertindihan bagi kod tarif yang sama di bawah senarai kod tarif peranti perubatan.

Melalui mesyuarat yang diadakan ini, agensi-agensi mengambil maklum berkenaan pewujudan senarai kod tarif peranti perubatan di bawah kawalselia MDA yang akan diwartakan di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import). Hasil dari mesyuarat tersebut, agensi – agensi yang terlibat bersetuju dengan sebahagian kod tarif diwartakan di bawah kawalan MDA. Mesyuarat susulan akan diadakan selepas ini bagi penetapan mekanisma secara terperinci bagi sebilangan kod tarif peranti perubatan ini.

13 SE