26 - 27 Mei 2022 – YBrs Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif bersama Puan Salbiah Binti Yaakop, Pengarah Bahagian Dasar, Hubungan Antarabangsa dan Fasilitasi Industri (DASAR), Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah menghadiri dan menjadi ahli panel serta penceramah bagi program "Simposium GHWP-APACMED Regulatory Transformation 2022" yang telah diadakan di Singapura. Simposium yang dianjurkan oleh GHWP dengan kerjasama APACMed yang diadakan selama dua hari tersebut menghimpunkan 13 Pihak Berkuasa dalam bidang peranti perubatan dari pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, Arab Saudi, Australia, China, Indonesia, Jepun, Jordan, Korea, Malaysia, Pakistan, Singapura,Taiwan dan Thailand.

Melalui simposium tersebut pelbagai topik telah dibincangkan melalui panel discussion oleh ahli-ahli panel yang dijemput. Antara topik utama yang dibincangkan adalah berkenaan “Preparing A Globally Harmonized Future Ready Workforce” dan “Driving Regulatory Agility and Efficiency Through Reliance”. Selain itu, terdapat juga perkongsian case study berkenaan Regulatory Reliance yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa lain melalui program ini. Puan Salbiah binti Yaakop juga telah menyampaikan perkongsian berkenaan kawalselia peranti perubatan di Malaysia melalui slot Regulators Updates. Turut dikongsikan juga dari negara-negara lain topik berkenaan Unique Device Identifier (UDI), 3D Printing, Halal Regulations, Re-registration, Artificial Intelligence (AI)/ Machine Learning (ML) dan Cybersecurity. Simposium ini juga turut membincangkan perkembangan dalam usaha penyelarasan kawalselia bagi peranti perubatan di peringkat antarabangsa terutamanya mengenai inisiatif ke arah Regulatory Reliance.

 

IMG 554IMG 627

IMG 72IMG 301

IMG 309IMG 444