Putrajaya – 31 Mei 2022: Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah mengadakan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang berlangsung di Mesmera Ballroom 1, The Everly Putrajaya, baru-baru ini.

APC MDA ini merupakan majlis julung kalinya yang menghimpunkan penerima-penerima bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 dalam satu majlis yang gilang-gemilang.

Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai pengiktirafan bagi menghargai sumbangan pegawai-pegawai dan kakitangan khususnya warga MDA yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2019, 2020 dan 2021.

Secara keseluruhannya, seramai 29 orang pegawai dan kakitangan MDA yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang baru-baru ini. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA, serta ahli-ahli Lembaga MDA iaitu Ybhg. Datin Paduka Hjh. Seripah Noli Binti Syed Hussin, Dato’ Shamsul Najmi Bin Shamsuddin dan Encik Hasan Addly Mohd Isa.

 

20220531112529

202205311007552022053110004620220531120127

202205311208352022053112065720220531121419