Cyberjaya - 16 Jun 2022: Satu mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Sumber Manusia Pihak Berkuasa Peranti Perubatan telah dadakan di pejabat MDA baru-baru ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Datin Paduka Hjh Seripah Noli binti Syed Hussin, Ahli Lembaga MDA dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Shariff Bin Hambali, Ketua Eksekutif MDA, Pengarah-pengarah Bahagian MDA, Bahagian Perkhidmatan JPA, Bahagian Perjawatan dan Organisasi JPA, Bahagian Gaji dan Elaun JPA, wakil daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pegawai-pegawai MDA yang berkaitan.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan isu-isu berkaitan sumber manusia terutamanya yang melibatkan perkhidmatan dan halatuju perjawatan di MDA. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk memperoleh input daripada pandangan pihak JPA berkaitan isu yang dibincangkan. Selain itu, penambahbaikan perkara tersebut akan dilaksanakan bagi memastikan pengoperasian MDA dapat berjalan dengan lancar khususnya dalam menggunakan sumber manusia secara optimum.

 

WhatsApp Image 2022 06 17 at 3.18.15 PMWhatsApp Image 2022 06 17 at 3.18.16 PM 1

WhatsApp Image 2022 06 17 at 3.18.16 PMWhatsApp Image 2022 06 17 at 3.18.15 PM 1