JAKIM Anjur Kursus Bagi Skim Peranti Perubatan PUTRAJAYA - Mengorak langkah ke hadapan dalam meluaskan lagi skop dan kefahaman terkini berkaitan pensijilan halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menganjurkan Kursus Kompetensi Juru Audit Halal Bagi Skim Peranti Perubatan bertempat di Dewan Syeikh Daud al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 01 dan 02 Jun lalu.

 

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan terhadap elemen utama yang perlu diambil perhatian oleh juru audit halal dalam melaksanakan proses pensijilan halal bagi skim berkenaan. Selain itu, kursus ini dilaksanakan sebagai memenuhi salah satu keperluan kompetensi (enrichment programme) kepada juru audit halal yang diselaras melalui Seksyen Kualiti & Pembangunan Kompetensi (SKPK) Bahagian ini.

 

Kursus yang dianjurkan pada kali ini juga melibatkan penyertaan 110 orang pegawai dan penolong pegawai dari Bahagian Pengurusan Halal dan Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM. Untuk rekod, JAKIM telah memperkenalkan skim Peranti Perubatan pada 01 April lalu seterusnya merancakkan lagi permohonan pensijilan halal Malaysia bagi pemohon-pemohon dari industri kategori berkenaan.

 

1 JAKIM8 JAKIM

3 JAKIM6 JAKIM

7 JAKIM4 JAKIM