Program Pengukuhan Integriti bertajuk "Hadiah & Keraian: Rasuah atau Mengeratkan Hubungan" telah diadakan pada hari 1 Julai 2022 yang bertempat di Bilik Seminar 1, Prima 9, Cyberjaya. Program anjuran Unit Integriti MDA ini telah dihadiri oleh 80 orang pegawai dan kakitangan MDA daripada pelbagai bahagian dan unit.

Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman berkaitan hadiah dan keraian yang dibenarkan dan dilarang untuk penjawat awam khususnya warga MDA. Selain itu, taklimat ini juga telah disampaikan oleh Psk Tn. Mohammad Nasir bin Mat Jam, penceramah jemputan daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat, Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

 

IMG 7788IMG 7772

IMG 7787IMG 7759

IMG 7783IMG 7761