1 OGOS 2022: Akhbar Harian Metro telah menemu bual En. Dery Akmal bin Abdul Rahman, Ketua Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Pascapasaran dan Penguatkuasaan MDA bagi memberi maklum balas berkenaan isu Iteracare Health Blower yang viral baru-baru ini dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

En. Dery Akmal menyimpulkan bahawa pihak MDA telah mengeluarkan satu surat amaran kepada pihak penjual agar menurunkan semua dakwaan palsu yang telah diiklankan berkenaan produk ini. MDA juga telah melakukan pemantauan bagi memastikan pihak yang diadu telah menurunkan iklan-iklan tersebut.

Walau bagaimanapun, jika pihak penjual masih ingkar dan tidak memberi kerjasama dengan MDA, tindakan undang-undang boleh diambil kepada pihak penjual.

 

IMG 8653IMG 8669screenshot 1screenshot 2