MDA telah menjalankan pengujian makmal terhadap enam (6) jenis peranti perubatan sebagai sebahagian daripada aktiviti pengawasan pasaran. Bagi pelaksanaan pengujian tersebut, ECRI Berhad telah dilantik sebagai makmal pengujian bagi menjalankan penilaian teknikal dan prestasi peranti perubatan yang dikenal pasti berdasarkan diskripsi aduan yang diterima. Sebanyak enam (6) jenis peranti perubatan telah dipilih berdasarkan rekod aduan yang tinggi, iaitu:

  • Transfer Set
  • Hemodialysis Catheter
  • Hypromellose Eye Drop
  • Surgical Glove
  • Scalpel Blade
  • Hemodialysis Fluid Filter

Pengujian makmal telah selesai dijalankan dan ringkasan keputusan pengujian makmal tersebut telah disediakan untuk perhatian dan rujukan pihak berkaitan seperti di   Jadual 1.

Keputusan pengujian telah dimaklumkan kepada semua establismen terlibat dan MDA telah mengarahkan tindakan pembetulan dan pencegahan (CAPA) dilaksanakan ke atas peranti perubatan tersebut. Langkah ini bertujuan untuk memastikan semua peranti perubatan yang diedarkan dan digunakan di fasiliti kesihatan sentiasa memenuhi keperluan keselamatan, prestasi dan keberkesanan demi melindungi kesihatan serta keselamatan pengguna.

MDA komited untuk terus memperkukuhkan aktiviti pengawasan pascapasaran bagi memastikan hanya peranti perubatan yang selamat dan berkesan berada di pasaran Malaysia.

 

 

Disediakan oleh : NUR HAZREEN BINTI ABDUL RAZAK, BAHAGIAN PASCA PASARAN

Dimuatnaik oleh : WAN NURHALIMAH BINTI WAN ABDULLAH, BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT

Tarikh dimuatnaik : 4/6/2026